ZuritaCARE merupakan sebuah program tabung kebajikan yang diasaskan oleh Awqaf Holdings Berhad yang bermatlamat memelihara nasib ibu yang mengandung serta melindungi nasabnya yang tidak sah taraf.
ZuriatCARE telah dilancarkan pada 21 Jun 2015 dan majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
Memupuk dan menyebarluaskan kesedaran betapa pentingnya zuriat sebagai pewaris generasi kini, dan juga natijah seandainya zuriat ini tidak dijaga dengan sebaiknya.
Menghasilkan modul intervensi sebagai panduan buat ibu-ibu hamil anak luar nikah. Disamping itu, pihak ZuriatCARE juga mengadakan seminar kepada sekolah dan institusi pendidikan dalam mendidik serta mencegah mereka daripada terlibat dengan gejala sosial.
Berkolaborasi dengan kementerian, agensi dan NGO dalam menangani masalah ibu hamil anak luar nikah dan pembuangan bayi.
Menerima segala sumbangan daripada individu mahupun syarikat yang mempunyai misi yang sama dalam mencegah kes pembuangan bayi dan ibu hamil anak luar nikah.
Sumbangan ini seterusnya akan disalurkan kepada mana-mana ibu dan rumah perlindungan yang memerlukan.









Setiausaha

Kewangan

Pembangunan Ekonomi & Dana
Setiap insan pernah tersilap langkah dan adakalanya tersasar arah. Begitu juga dengan golongan remaja terlanjur hamil ini. Mereka memerlukan sokongan dan sinar harapan untuk kembali bangkit dan berubah.
Setiap sumbangan anda amat bermakna buat mereka. Mereka amat memerlukan bantuan dan dorongan, khususnya daripada komuniti di sekeliling mereka. Bantulah mereka.
ZURIAT CARE
AWQAF HOLDINGS BERHAD (1015578-X)
No 18, Tingkat 1, Jalan Serambi U8/24, Seksyen U8, D’Bayu, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.